Thursday, September 20, 2007

Seminar 1001 Gangguan Makhluk Halus



Apabila berbicara mengenai perubatan Islam, sebahagian daripada kita hanya memahami dalam bentuk doa, jampian dan air penawar semata-mata. Kaedah perubatan Islam sebenarnya tidak terhad kepada penyakit yang berkaitan dengan jin seperti sihir, saka, santau dan sebagainya sahaja malahan masalah fizikal dan mental juga boleh dirawat dan dirujuk kepada pengamal perubatan Islam.

Kebahagiaan dalam rumahtangga, hubungan kekeluargaan, pelaris, seri wajah dan sebagainya yang dibenarkan syariat merupakan antara yang menggunakan cabang perubatan Islam sebagai penawar. Ubahlah persepsi sesetengah masyarakat tentang:
 Pelaris perniagaan dengan khidmat bomoh/pawang, pemakaian tangkal azimat atau
melibatkan perkara mistik dan misteri
 Amalan pemakai susuk, mandi bunga untuk seri wajah, penggunaan ilmu pengasih dan
lain-lain

Untuk mendapatkan kebahagiaan, sesungguhnya kestabilan dari segi ekonomi serta kekuatan rohani dan jasmani merupakan antara faktor penting bagi mencapainya. Ekonomi/kekayaan dan amalan pembenteng diri sebenarnya terkandung dalam Al-Quran dan kita perlu mencari dan menggali untuk memilikinya. Namun, siapalah kita untuk mendalaminya tanpa guru sebagai pembimbing.

Ikuti Seminar 1001 Gangguan Makhluk Halus anjuran MORAPIS untuk mendalami tentang Perubatan Islam dalam prospek yang lebih meluas bersama panel-panel yang berpengalaman!

PENGISIAN:
Antara tajuk yang bakal dibentangkan:
 Benteng Jasad dan Roh
• Kesejahteraan Roh (hati)
• Cara Memagar Diri dan Rumah daripada Gangguan Jin
• Penawar Gangguan Makhluk Halus
 Mempermudahkan Rezeki/Pelaris dalam Islam
• Pembatal Sihir
 Aura Seri Wajah dalam Islam
 Kupasan Mengenai Ilmu Pengasih
 Berbekam, Refleksologi dan Akupuntur-
Relevankah dalam Perubatan Islam?
 Penggunaan Herba dalam Perubatan Islam
 Penambat Kasih Sayang dalam Ikatan Kekeluargaan

TARIKH/TEMPAT:
Tarikh : 25 NOVEMBER 2007
Masa : 8.30 pagi-4.30 petang
Penyertaan : Pendaftaran terbuka
kepada umum
Yuran : RM 80 (termasuk makan
minum dan kertas kerja)
Tempat : Pusat Belia Antarabangsa,
Jalan Yaacob Latif,
Bandar Tun Razak, Cheras
56000 Kuala Lumpur

Sila hantarkan maklumat lengkap ( nama, no k/p, alamat dan no. tel) dan membuat bayaran pendaftaran segera untuk mendapatkan tempat sebagai peserta kerana penyertaan adalah terhad. Bayaran boleh dibuat melalui:
Kemasukan terus ke akaun:-
• RHB Bank Berhad (No A/C : 2-64106-00004159 atas nama MORAPIS EDAR)
• BSN (atas nama Rashidah : 0630029834947419)
• MBB (atas nama Rashidah : 162179627314)

Penting:
Sila buat pengesahan bayaran dengan menghubungi MORAPIS serta simpan bukti pembayaran (slip/rekod/resit transaksi bank ASAL) dan serahkan kepada pihak pengurusan pendaftaran semasa hari kursus untuk semakan.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi:
Tel (HP) : 012-3713462 / 012-5563671 / 016-2617221
Tel (P) : 03-42964661 / 62
Faks : 03-42973763
E-mail : pentadbiran@morapis.com.my
Website : www.morapis.com my
Alamat : No. 31B Jalan Wawasan 2/1
Bandar Baru Ampang
68000 Ampang, Selangor

No comments: