Friday, September 28, 2007

Madu Ruqyah Syar'iah



Madu ini telah diaurakan dengan bacaan Ruqyah Syar'iah yang telah diijazahkan oleh Sheikh Wahid Abdul Salam Bali.

Madu telah diperakui dalam Al-Quran sebagai penawar kepada penyakit (surah An-Nahl:69)

sabda Rasulullah S.A.W:
"Ubatilah diri kamu dengan dua kesembuhan iaitu madu dan Al-Quran"

Aturan makan:

Masukkan satu sudu Madu Asli Ruqyah Syar'iah ke dalam satu gelas air, kacau ikut lawan jam. kemudian minum dengan didahului bacaan surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi dan selawat ke atas Nabi sebanyak 3 kali. minum 2 kali sehari sebaik-baiknya sebelum makan pada waktu pagi dan malam.

peringatan:

sila pastikan yang tulen.

Wednesday, September 26, 2007

tanda-tanda gangguan dalam tubuh

Di sini disenaraikan tanda2 gangguan jin dlm tubuh untuk mengesan sama ada penyakit yang kita hidapi slmni adalah penyakit fizikal @ rohani...sekiranya anda mpy slh satu drp tanda2 ini, cubalah dptkan rawatan lanjut drp mn2 klinik rawatan Islam ttp harus diingatkan, pastikan anda dpt mbezakan antara perubatan Islam dan perubatan tradisional spy anda tidak terjebak dgn masalah yg lbih besar dikemudian hari...

tanda2 ketika tidur:

-sukar tidur malam kecuali setelah bersusah payah
ketawa, menangis dan menjerit2 ketika tidur
-mimpi jatuh dari tempat tinggi
-mimpi mlihat ssuatu yg mghimpitnya lalu ia mminta pertolongan ttapi tidak berdaya
-bmimpi berada di tempat yg sunyi
-mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus
dan sbgnya
-mimpi mlihat makhluk halus
-mimpi mlihat salib atau gereja
-mimpi benda tajam atau miang spt pisau, paku, miang buluh dan sbgnya (tanda santau)
*mimpi berulang kali
-mimpi mlihat budak kecil. bjaga2 klu bmimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan
teramat sayang kpdnya

tanda2 ketika jaga:

-benci terhadap orang yg spatutnya disayangi tanpa sebab
-tubuh terasa panas yg luar biasa
-berfikiran secara tidak terkawal
-sedih dan menangis tanpa sebab
-sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam
-sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang
-lenguh sendi2
-mudah marah dan panas baran yang tidak terkawal
-sakit kepala yang berterusan dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit
tersebut
-terasa seolah2 memijak telur atau batu di bahagian tapak kaki

sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi talian
03-42964661/012-3713462/012-5563671 atau layari laman web www.morapis.com.my...

jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri...

Tuesday, September 25, 2007

khasiat madu lebah dalam perubatan

Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga dengan madu lebah kerana dalam al-Quran sendiri telah menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, maupun kesihatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur.

Maksud Firman Allah dalam Surah An-NAhl: 69
"Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:
Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Daripada hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.

Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.

Di samping itu madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengamalkannya. Diperkuatkan dengan hadis baginda yang berbunyi:
Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

Di samping itu dengan memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk yang menganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki. Dalam perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika diusapkan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar. Di samping itu banyak lagi penyakit yang boleh sembuh misalnya hidung tersumbat, anak yang kencing malam dan sesuai untuk kanak-kanak damit yang baru lahir.

Dalam al-Qur'an, hadis-hadis yang disebutkan dan amalan perubatan tradisional, madu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Adalah menjadi suatu amalan yang baik menjadikan madu sebagai ubat dan penjagaan kesihatan. (Petikan)

http: www.morapis.com.my
hubungi talian :012-3713462/012-5563671 untuk maklumat lanjut atau tempahan

Thursday, September 20, 2007

Seminar 1001 Gangguan Makhluk Halus



Apabila berbicara mengenai perubatan Islam, sebahagian daripada kita hanya memahami dalam bentuk doa, jampian dan air penawar semata-mata. Kaedah perubatan Islam sebenarnya tidak terhad kepada penyakit yang berkaitan dengan jin seperti sihir, saka, santau dan sebagainya sahaja malahan masalah fizikal dan mental juga boleh dirawat dan dirujuk kepada pengamal perubatan Islam.

Kebahagiaan dalam rumahtangga, hubungan kekeluargaan, pelaris, seri wajah dan sebagainya yang dibenarkan syariat merupakan antara yang menggunakan cabang perubatan Islam sebagai penawar. Ubahlah persepsi sesetengah masyarakat tentang:
 Pelaris perniagaan dengan khidmat bomoh/pawang, pemakaian tangkal azimat atau
melibatkan perkara mistik dan misteri
 Amalan pemakai susuk, mandi bunga untuk seri wajah, penggunaan ilmu pengasih dan
lain-lain

Untuk mendapatkan kebahagiaan, sesungguhnya kestabilan dari segi ekonomi serta kekuatan rohani dan jasmani merupakan antara faktor penting bagi mencapainya. Ekonomi/kekayaan dan amalan pembenteng diri sebenarnya terkandung dalam Al-Quran dan kita perlu mencari dan menggali untuk memilikinya. Namun, siapalah kita untuk mendalaminya tanpa guru sebagai pembimbing.

Ikuti Seminar 1001 Gangguan Makhluk Halus anjuran MORAPIS untuk mendalami tentang Perubatan Islam dalam prospek yang lebih meluas bersama panel-panel yang berpengalaman!

PENGISIAN:
Antara tajuk yang bakal dibentangkan:
 Benteng Jasad dan Roh
• Kesejahteraan Roh (hati)
• Cara Memagar Diri dan Rumah daripada Gangguan Jin
• Penawar Gangguan Makhluk Halus
 Mempermudahkan Rezeki/Pelaris dalam Islam
• Pembatal Sihir
 Aura Seri Wajah dalam Islam
 Kupasan Mengenai Ilmu Pengasih
 Berbekam, Refleksologi dan Akupuntur-
Relevankah dalam Perubatan Islam?
 Penggunaan Herba dalam Perubatan Islam
 Penambat Kasih Sayang dalam Ikatan Kekeluargaan

TARIKH/TEMPAT:
Tarikh : 25 NOVEMBER 2007
Masa : 8.30 pagi-4.30 petang
Penyertaan : Pendaftaran terbuka
kepada umum
Yuran : RM 80 (termasuk makan
minum dan kertas kerja)
Tempat : Pusat Belia Antarabangsa,
Jalan Yaacob Latif,
Bandar Tun Razak, Cheras
56000 Kuala Lumpur

Sila hantarkan maklumat lengkap ( nama, no k/p, alamat dan no. tel) dan membuat bayaran pendaftaran segera untuk mendapatkan tempat sebagai peserta kerana penyertaan adalah terhad. Bayaran boleh dibuat melalui:
Kemasukan terus ke akaun:-
• RHB Bank Berhad (No A/C : 2-64106-00004159 atas nama MORAPIS EDAR)
• BSN (atas nama Rashidah : 0630029834947419)
• MBB (atas nama Rashidah : 162179627314)

Penting:
Sila buat pengesahan bayaran dengan menghubungi MORAPIS serta simpan bukti pembayaran (slip/rekod/resit transaksi bank ASAL) dan serahkan kepada pihak pengurusan pendaftaran semasa hari kursus untuk semakan.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi:
Tel (HP) : 012-3713462 / 012-5563671 / 016-2617221
Tel (P) : 03-42964661 / 62
Faks : 03-42973763
E-mail : pentadbiran@morapis.com.my
Website : www.morapis.com my
Alamat : No. 31B Jalan Wawasan 2/1
Bandar Baru Ampang
68000 Ampang, Selangor

Monday, September 17, 2007

Set Rawatan dan Pemulihan Ruqyah Syar'iah



RUQYAH SYAR'IAH 1

DESKRIPSI VIDEO:

- Memulihkan semangat yang lemah.
- Pembatal sihir / ilmu hitam.
- Penambat kasih sayang rumahtangga.
- Ketenangan jiwa.
- Anak-anak meragam / menangis malam.
- Menangani anak-anak yang bermasalah.
- Menghalau jin drpd kediaman/pejabat.

HARGA : RM 14.90



RUQYAH SYAR'IAH 2

DESKRIPSI VIDEO:

- Gila.
- Khayalan.
- Sihir Pemisah.
- Menghalang perkahwinan / persetubuhan.
- Penyakit seperti gatal tubuh badan.
- Pendarahan (istihadah).
- Bingung.
- Segala santau.
- Guna-guna (pengasih).


HARGA : RM 14.90

Pengenalan


MORAPIS (Modul Rakaman Penyebaran Pemikiran Islam) ditubuhkan dengan hasrat untuk sama-sama menunjangi perjuangan syiar Islam. Semoga kewujudannya akan dapat memberikan impak yang bermakna dalam usaha memperjuangkan cita-cita murni memartabatkan masyarakat Islam sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan kesucian Islam.

MORAPIS EDAR telah ditubuhkan dengan berwadahkan penyebaran pengetahuan agama Islam ke segenap lapisan masyarakat. Selaras dengan itu MORAPIS menjalankan giatniaga dalam bidang penerbitan bahan-bahan audio visual berlandaskan Islam.