Monday, January 7, 2008

Nur Syahadah...

Alhamdulillah...tanggal 5hb januari,penulis telah menjadi saksi pengislaman seorang saudara baru berbangsa bidayuh yang datang berhijrah ke semenanjung tanah air di pusat rawatan perubatan Islam Morapis Edar...
Tasnim bt Abdullah atau nama asalnya Khristina telah memeluk Islam dengan kerelaan hatinya setelah menyedari keindahan Islam itu sendiri dan setelah mendapatkan rawatan di pusat rawatan Morapis, keyakinan dan kemantapan kepercayaan beliau kepada Islam semakin utuh membuatkan beliau tidak teragak-agak lagi meneruskan niat suci menukar agama asalnya kepada Islam...
Tasnim adalah salah seorang pesakit yang berjaya dipulihkan setelah mendapat rawatan sebanyak 2kali dan masih meneruskan rawatan di sini...beliau datang pertama kali dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat dipukau...bagaimanapun beliau sedikit demi sedikit mulai sedar setelah di beri minum dan mandi air yang didoakan serta mendengar Ruqyah Syar'iah...
Alhamdulillah...penulis benar-benar bersyukur dengan pengislaman beliau dan hampir menitis airmata ketika berpelukan selepas pengislaman beliau dilakukan....
kini, Tasnim bukan saja saudara baru, malah merupakan sahabat baru penulis dan rakan-rakan serumah yang lain...InsyaAllah...penulis dan rakan-rakan akan sentiasa membantu saudari Tasnim mendalami ilmu agama dan memelihara beliau dengan keindahan Islam agar beliau akan terus kekal dengan agama yang benar ini...semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kami untuk membimbing beliau...kepada saudari Tasnim, penulis mewakili umat Islam seluruh dunia mengucapkan selamat datang ke agama suci Islam...Tahniah kerana telah diberikan hidayah oleh-Nya...

Sunday, December 30, 2007

Keistimewaan Perubatan Islam

Penyembuhan menggunakan Al-Quran merupakan perintah dari Allah SWT dan RasulNya. jesteru, pesakit akan bergantung dan taat semata-mata kepada Allah, menjauhi perkara yang diharamkan dan mendekatkan diri kepada Allah.
Perubatan Islam juga menyembuhkan anggota luaran dan dalaman untuk ketenangan hidup. perubatan Islam bukan hanya mampu mengubati penyakit biasa, bahkan mampu mengubati penyakit dalaman (gangguan makhluk halus) yang tidak dapat dikesan oleh perubatan moden.
Berpeluang berdakwah kepada jin dan manusia secara langsung kerana risalah Islam adalah untuk kedua-dua jenis makhluk ini.
Menyelamatkan akidah para muslimin daripada terjebak dengan perkara-perkara syirik apabila menggunakan khidmat bomoh atau pawang yang menyeleweng daripada syariat Islam
Dan banyak lagi keistimewaan Perubatan Islam dan boleh mendalaminya dengan merebut peluang menyertai Seminar Perubatan Islam yang dianjurkan.

Tuesday, December 11, 2007

Seminar Perubatan Islam (zon selatan)

Alhamdulillah...baru sahaja selesai Seminar Perubatan Islam beberapa minggu lepas, kini Morapis dalam rangka kerja menyediakan modul untuk Seminar Perubatan Islam yang bakal diadakan dengan kerjasama wakil di bahagian selatan tanahair yang dinamakan Seminar Perubatan Islam zon selatan
seminar tersebut bakal diadakan pada 12 Januari 2008 bertempat di dewan PKAYIM (Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam, Muar)
Ringkasan berkaitan perlaksanaan Seminar:

Hari/Tarikh : 12 Januari 2008 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : PKAYIM (Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam Muar), Jalan Petrie,84000 Muar Johor
Yuran : RM80 termasuk makan minum dan kertas kerja
Penyertaan : Terbuka

Pendaftaran telah dibuka mulai sekarang. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut dan sesiapa yang berminat boleh menghubungi Morapis di talian 03-42964661/62, HP : 012-5563671/016-2617221, Faks : 03-42973763, emel : pentadbiran@morapis.com.my dan layari laman web www.morapis.com.my. bagi kawasan /zon selatan, anda boleh menghubungi wakil kerjasama di sana di talian 06-9520064/06-9541664 atau 017-6806054 (En. Khairul)
Bersama-samalah kita berkumpul pada hari tersebut untuk menuntut ilmu dan mempelajari pengetahuan berkaitan perubatan Islam khususnya.

Thursday, December 6, 2007

kisah seorang pesakit (II)...

Salam...bertemu lagi...kali ini penulis ingin berkongsi cerita mengenai seorang lagi pesakit yang pernah mendapatkan rawatan di klinik Rawatan Morapis Edar...beliau merupakan penuntut di salah sebuah kolej di ibu kota...pesakit ini dibawa oleh rakan-rakannya apabila menyedari beliau beperwatakan pelik di mana beliau mampu mengubati rakan yang terkena histeria dan boleh melihat makhluk halus...setelah beberapa kali mendapatkan rawatan dan cuba didekati, terbongkarlah kisah sebenar di sebalik kejadian pelik yang menimpa beliau...rupa-rupanya beliau sendiri sememangnya mengamalkan seri wajah untuk tampil menarik di mata orang lain...bagaimanapun, ilmu yang diamalkan itu akhirnya memakan diri sendiri...kecantikan hasil amalan beliau telah menyebabkan beliau akhirnya dikahwini oleh keturunan jin yang tertarik dengan beliau...proses rawatan pada mulanya agak sukar dijalankan kerana beliau sendiri pada dasarnya tidak mahu dipisahkan dengan "suaminya" itu...setelah dipujuk dan dijelaskan tentang kedudukan dan hukum perkahwinan itu, si pesakit akhirnya bersetuju untuk meneruskan rawatan...dan kini, setelah beberapa bulan, si pesakit tidak lagi datang dan apa yang pihak kami harapkan ialah beliau telah sembuh sepenuhnya dan telah menerima hakikat kehidupan realiti...semoga kisah ini menjadi iktibar kepada semua...berfikirlah sedalam-dalamnya sebelum membuat satu-satu tindakan dan yang paling penting ialah mempertimbangkan hukum dan syariat Islam...

Tuesday, December 4, 2007

1001 Penyakit Misteri kaedah perubatan dalam Islam

"wahai orang-orang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang dan nyata." (Al-Baqarah:208)
Meskipun kewujudan iblis dan syaitan tidak dapat dikesan oleh pancaindera biasa kerana berlainan unsur kejadian dan berbeza alam dengan manusia, namun kehadirannya boleh dirasai dan diketahui berdasarkan dalil yang nyata. Walau mereka dicipta daripada unsur api yang menjulang megah dan angkuh, ingatlah bahawa api amat kalah dengan air terutamanya air sembahyang.
Oleh itu, fahamilah sifat-sifat api untuk mengetahui kelemahannya. Fahami juga struktur molekul air dalam jasad kita untuk membina ketahanan fizikal, emosi dan rohani pada setiap ketika. demikian juga dengan asal kejadian manusia daripada tanah yang tentunya mampu menewaskan keganasan api meskipun marak menjulang.
Makhluk ini walaupun mampu bergerak bebas dan pantas dalam badan manusia merenangi saluran darah yang berselirat,tetapi darah yang mengalir hasil daripada sumber rezeki yang bersih dan halal tentunya akan menyesakkan nafas mereka. makhluk ini juga mampu menghilangkan diri dan menjelma dalam pelbagai rupa tetapi tidak berupaya meniru wajah Rasulullah yang mulia.
Ingatlah, mereka juga adalah makhluk ciptaan Allah yang tidak terkecuali daripada bersifat lemah dan memiliki kekurangan sebagaimana perihal makhluk-makluk Allah yang lain. oleh itu, samada manusia, haiwan,tumbuhan dan termasuklah iblis dan syaitan, semuanya ini memiliki kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. namun dikalangan seluruh makhluk ini, manusia adalah sebaik-baik kejadian sehingga dinobatkan sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini sebagaimana diisytiharkan dalam Al-Quran.
Menyedari betapa pentingnya ilmu dan maklumat mengenai gangguan makhluk halus ini dan bagaimana kaedah pencegahan serta rawatannya, pihak MORAPIS (Modul Rakaman Penyebaran dan Pemikiran Islam) telah mengambil inisiatif menerbitkan video CD dan Audio visual 1001 Penyakit Misteri Gangguan Makhluk Halus yang menyantuh pelbagai tajuk di samping penganjuran pelbagai program perubatan Islam dan gangguan makhluk halus, pencegahan dan rawatannya.
Mereka yang berminat boleh menghubungi pejabat MORAPIS di alamat No 31B, Jalan Wawasan 2/1, Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang Selangor. Tel:03-42964661/62, Faks:03-42973763@HP:012-3713462/012-5563671/016-2617221.
Petikan-Utusan Malaysia/21 Julai 2006

Seminar Perubatan Islam berjalan lancar

Begitu lama tiada post terbaru yang sempat penulis create dalam blog ini, internet di office problem...maaf andai ada yang ternanti-nanti berita terkini tentang aktiviti-aktiviti Morapis...
Seminar Perubatan Islam yang pada mulanya dijadualkan pada 28 oktober tetapi terpaksa ditunda pula pada 25 november atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan telah terlaksana juga akhirnya dengan begitu lancar...Alhamdulillah...penulis sebagai wakil penganjur mengucapkan tahniah dan terima kasih atas sambutan serta kerjasama yang diberikan oleh semua peserta dalam meneroka ilmu perubatan Islam hingga ke saat akhir program berjalan...terima kasih juga kepada pembentang kertas kerja iaitu Ustaz Abdul Halim Zakaria, Ustaz Hasnol Hisyam Mothar dan Ustaz Ahmad Termizi Ishak yang begitu berkomitmen dengan tugas yang diamanahkan untuk menyampaikan ilmu yang amat bermanfaat pada hari tersebut...
topik-topik menarik yang cuba diketengahkan untuk dibincangkan pada hari tersebut nampaknya memberi impak positif dan menarik perhatian ramai...kupasan mengenai perubatan Islam nampak jelas telah membuka minda masyarakat khususnya peserta yang hadir pada hari tersebut...
majlis diakhiri seperti biasa dengan sesi soal jawab tentang persoalan dan kemusykilan dalam perubatan Islam dan praktikal bacaan ayat-ayat Ruqyah...setiap peserta diberi sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan menyertai kursus...

Sunday, November 4, 2007

kisah seorang pesakit...

Setelah beberapa kali mendapat rawatan di klinik rawatan perubatan Islam Morapis, keadaan seorang pesakit yang merupakan seorang anggota polis beransur pulih...Alhamdulillah, berkat kesabaran dan pertolongan daripada Allah SWT, pesakit ini sedikit demi sedikit terlepas dari seksa menanggung kesakitan akibat di sihir...bagaimana pun, ujian Allah melanda lagi apabila pesakit ini pulang bercuti ke kampung halaman dan dibawa oleh ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan daripada seseorang yang dipercayai dapat membantu memulihkan kedaan si pesakit ini... tanpa menyedari bahawa pengamal perubatan ini mengamalkan kaedah tradisional yang bertentangan dengan kaedah Islam, si pesakit pun bersetuju untuk menerima bantuan pengamal perubatan tersebut...setelah tiba untuk mendapatkan rawatan, si pesakit mula sedar bahawa pengamal perubatan itu menggunakan kaedah yang jelas bertentangan dengan hukum syarak tetapi tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menjalani rawatan tersebut...setelah pulang daripada bercuti di kampung dan setelah nenjalani rawatan tersebut, keadaan pesakit menjadi semakin teruk daripada asal. setelah kembali mendapatkan rawatan di Morapis, dapat diketahui bahawa bomoh yang mengubati beliau semasa di kampung telah memberi "benda" yang menambahkan beban yang ditanggung selama ini...daripada kisah si pesakit ini, kita boleh mengambil ikhtibar bahawa perubatan Islam dan perubatan tradisional adalah dua cabang yang berbeza dan perlu diambil perhatian...perubatan yang mengamalkan bacaan ayat-ayat Al-Quran belum boleh dikatakan perubatan Islam sekiranya jampi serampah yang dibacakan menyelit seruan kepada pertolongan khadam dan jin...rawatan yang meminta syarat dan menggunakan perantaraan adalah menyimpang daripada kaedah perubatan Islam...dalam sesetengah kes, menerima rawatan daripada orang-orang sedemikian samada 'ustaz', bomoh, pawang dan sebagainya hanya akan memburukkan keadaan...