Tuesday, December 4, 2007

1001 Penyakit Misteri kaedah perubatan dalam Islam

"wahai orang-orang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang dan nyata." (Al-Baqarah:208)
Meskipun kewujudan iblis dan syaitan tidak dapat dikesan oleh pancaindera biasa kerana berlainan unsur kejadian dan berbeza alam dengan manusia, namun kehadirannya boleh dirasai dan diketahui berdasarkan dalil yang nyata. Walau mereka dicipta daripada unsur api yang menjulang megah dan angkuh, ingatlah bahawa api amat kalah dengan air terutamanya air sembahyang.
Oleh itu, fahamilah sifat-sifat api untuk mengetahui kelemahannya. Fahami juga struktur molekul air dalam jasad kita untuk membina ketahanan fizikal, emosi dan rohani pada setiap ketika. demikian juga dengan asal kejadian manusia daripada tanah yang tentunya mampu menewaskan keganasan api meskipun marak menjulang.
Makhluk ini walaupun mampu bergerak bebas dan pantas dalam badan manusia merenangi saluran darah yang berselirat,tetapi darah yang mengalir hasil daripada sumber rezeki yang bersih dan halal tentunya akan menyesakkan nafas mereka. makhluk ini juga mampu menghilangkan diri dan menjelma dalam pelbagai rupa tetapi tidak berupaya meniru wajah Rasulullah yang mulia.
Ingatlah, mereka juga adalah makhluk ciptaan Allah yang tidak terkecuali daripada bersifat lemah dan memiliki kekurangan sebagaimana perihal makhluk-makluk Allah yang lain. oleh itu, samada manusia, haiwan,tumbuhan dan termasuklah iblis dan syaitan, semuanya ini memiliki kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. namun dikalangan seluruh makhluk ini, manusia adalah sebaik-baik kejadian sehingga dinobatkan sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini sebagaimana diisytiharkan dalam Al-Quran.
Menyedari betapa pentingnya ilmu dan maklumat mengenai gangguan makhluk halus ini dan bagaimana kaedah pencegahan serta rawatannya, pihak MORAPIS (Modul Rakaman Penyebaran dan Pemikiran Islam) telah mengambil inisiatif menerbitkan video CD dan Audio visual 1001 Penyakit Misteri Gangguan Makhluk Halus yang menyantuh pelbagai tajuk di samping penganjuran pelbagai program perubatan Islam dan gangguan makhluk halus, pencegahan dan rawatannya.
Mereka yang berminat boleh menghubungi pejabat MORAPIS di alamat No 31B, Jalan Wawasan 2/1, Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang Selangor. Tel:03-42964661/62, Faks:03-42973763@HP:012-3713462/012-5563671/016-2617221.
Petikan-Utusan Malaysia/21 Julai 2006

No comments: